Twitter Bakal Memperkenalkan Platform Pengiklanan

Twitter Bakal Memperkenalkan Platform Pengiklanan

Diterbitkan pada Feb 24, 2010 oleh .

Twitter sering dikaitkan dengan kegagalan untuk membuat duit melalui platform mereka. Sebelum ini, mereka telah menjana beberapa juta melalui kerjasama bersama enjin carian, dan kini dikatakan bahawa mereka bakal melancarkan platform pengiklanan mereka tidak lama lagi.

Hari ini, melalui laman Media Post, ianya dikatakan yang mana Twitter sedang membangunkan platform pengiklanan mereka tersendiri yang mana bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini. Kini mereka sedang menguji platform mereka yang mana masih dalam fasa ujian dan pembangunan. Melalui platform tersebut, mereka berharap dapat memperlihatkan iklan yang mana tidak kelihatan seperti sebuah iklan.

Twitter merupakan antara laman sosial yang sering digunakan oleh para pengguna, selain daripada Facebook. Kini, ianya dikatakan yang mana, Twitter menerima hampir 600 kemaskini status setiap saat, menjadikannya lebih 50 juta tweet sehari.

Sebelum ini, beberapa syarikat antarabangsa, serta juga tempatan (Churp Churp) mengambil kelebihan platform Twitter untuk membolehkan para pengiklan mengiklankan produk mereka di Twitter dengan mudah. Namun, dengan pelancaran platform pengiklanan Twitter tersendiri, ianya mungkin akan memberi sedikit cabaran bagi mereka.


TIPS & ULASAN