Cari @ Amanz

Amanz.MY yang merupakan laman blog berita informasi ICT kini telah membangunkan sebuah perisian yang membenarkan pengguna dan pelawat laman web tersebut mengetahui sebarang berita terbaru tanpa perlu melayari laman web Amanz.MY.

Antaramuka perisian yang menggunakan platform .NET Framework
Antaramuka Perisian Amanz Menggunakan .NET FrameWork

Perisian tersebut disediakan kepada pengguna Amanz.MY dengan dua platform yang berbeza iaitu platform .NET Framework untuk pengguna Windows dan platform Adobe Air untuk pengguna Windows dan sistem operasi lain. Tujuan utama pembangunan perisian tersebut adalah untuk memastikan pelawat web Amanz.my terus dapat mengetahui sebarang berita dan informasi terkini tentang dunia ICT walaupun tidak sempat membuka laman web Amanz.MY.

Kedua-dua perisian tersebut menggunakan konsep suapan RSS. Pengguna yang berminat untuk memuat turun perisian yang hanya bersaiz 1.1 MB tersebut boleh mendapatkan melalui pautan dibawah.

Muat Turun Sekarang

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd