WiMax Dari YTL Pada Bulan Julai 2010

WiMax Dari YTL Pada Bulan Julai 2010

Diterbitkan pada Feb 24, 2010 oleh .

WiMax kini mula mendapat perhatian para pengguna sedunia, dimana di Malaysia, antara yang popular adalah P1 WiMax dan juga AMax WiMax. Kini, YTL-e bakal memperkenalkan servis mereka pada bulan Julai 2010 kelak, dan dijangka akan disokong di beberapa kawasan utama mulai Disember 2010.

Untuk menjayakannya, kini, YTL Communications Sdn Bhd telah pun mengumumkan pembelian satu juta untuk cip WiMax daripada pihak GCT Semiconductor. Ini merupakan salah satu langkah awal mereka dalam menyertai dunia WiMax tempatan.

Sebelum ini, YTL telah dikenakan denda oleh pihak SKMM disebabkan kegagalan untuk memperkenalkan servis mereka pada tahun lepas. Namun begitu, sejurus selepas itu, YTL-e telah pun membincangkan untuk memperkenalkan inovasi 4G, yang mana akan diperkenalkan pada bulan Julai 2010 kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN