Cari @ Amanz

Ianya sedia diketahui yang mana ramai pembangun web tidak begitu menyukai Internet Explorer 6, dan mengalakkan para pengguna beralih kepada pelayar web yang lebih terkini. Kini, YouTube mengambil langkah drastik dengan mengumumkan tidak lagi akan menyokong Internet Explorer 6 mulai 13 Mac 2010.

Selain daripada YouTube, Google juga tidak lagi akan menyokong Internet Explorer 6 pada Google Docs mulai 1 Mac 2010 ini. Buat masa ini, sekiranya anda melayari laman YouTube menggunakan Internet Explorer 6, anda akan diperlihatkan dengan mesej meminta anda menukar kepada pelayar web yang lebih terkini, dan tentunya, Google Chrome menjadi pilihan utama yang diperlihatkan Google, diikuti pelayar web yang lain.

Mungkin, mulai bulan Mac kelak, kita sudah boleh lihat penggunaan Internet Explorer 6 berkurangan secara drastik di arena internet ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd