Yahoo! dan Twitter Mula Bekerjasama

Yahoo! dan Twitter Mula Bekerjasama

Diterbitkan pada Feb 24, 2010 oleh .

Twitter dan Yahoo! hari ini mengumumkan kerjasama dari segi perkongsian kandungan, yang mana membolehkan para pengguna mengakses informasi berkaitan Twitter dari laman Yahoo!. Sebelum ini, Yahoo! juga telah membuat perjanjian bersama Facebook untuk perkara yang lebih kurang serupa.

Melalui kerjasama ini, ianya bakal membolehkan para pengguna mengakses feed Twitter secara terus daripada laman Yahoo!, dimana melaluinya anda boleh menyemak tweet terkini tanpa perlu ke laman Twitter. Selain daripada itu, anda juga kelak boleh mengemaskini status anda secara terus daripada laman Yahoo! dengan mudah. Kerjasama ini juga sekaligus membolehkan carian dan media Yahoo! diintegrasikan bersama-sama dengan Twitter, sekaligus memperlihatkan kandungan berkaitan pada Twitter di laman Yahoo!.

Proses pengintegrasian kandungan Twitter pada Yahoo! telah pun bermula, dan ianya dijangka akan dapat dilihat seawal malam ini ataupun esok, selain diperkembangkan secara berperingkat sepanjang tahun ini,


TIPS & ULASAN