Melayu Merupakan Bahasa Ke-4 Terbesar Di Twitter

Melayu Merupakan Bahasa Ke-4 Terbesar Di Twitter

Diterbitkan pada Feb 25, 2010 oleh .

Melalui suatu kajian ringkas, ianya didapati, Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang paling banyak digunakan dihalaman Twitter, iaitu di kedudukan ke-4, dibelakang bahasa Inggeris, Jepun, dan Portugis. Bahasa Melayu mencatatkan penggunaan sebanyak lebih kurang 6% penggunaan di Twitter.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Semiocast itu, ianya didapati hanya sebanyak 50% kemaskini status di Twitter menggunakan bahasa Inggeris, dan selebihnya menggunakan bahasa yang berlainan yang terdiri daripada lebih 41 jenis bahasa. Bahasa Jepun merupakan yang kedua paling banyak digunakan di Twitter. Perkara ini tidak mustahil, memandangkan Twitter sememangnya menumpukan perhatian pada pasaran Jepun, selain daripada US.

Melalui kategori Bahasa Melayu, ianya terdiri daripada gabungan tweet yang menggunakan Bahasa Indonesia dan juga Bahasa Malaysia, yang mana menjadikannya lebih kurang 6% daripada keseluruhan tweet yang diambil ketika bancian ini dilakukan.


TIPS & ULASAN