Cari @ Amanz

Seperti yang diumumkan, AsiaSpace telah pun memperkenalkan AmaxCity mereka yang pertama, iaitu di Technology Park Malaysia, dimana melalui AmaxCity, mereka menyediakan akses tanpa wayar kepada bandar tersebut, yang mana meliputi kawasan seluas lebih kurang 700 hektar.

Ianya dikatakan yang mana AmaxCity kelak akan mengguna-pakai platform teknologi MIMOS WiWi yang mana diperkenalkan sebelum ini. WiWi yang diperkenalkan oleh Mimos merupakan salah satu teknologi pertama di dunia yang mengintegrasikan fungsi WiMax bersama-sama dengan WiFi untuk digunakan dengan mudah.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui berkenaan dengan kadar bayaran yang bakal dikenakan keatas penggunaan servis mereka di Technology Park Malaysia. Menariknya, selepas melancarkan AmaxCity yang pertama, kini mereka sudah pun dalam perancangan untuk memperkenalkan AmaxCity yang kedua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd