Opera Terus Maju Dengan Opera 10.50 Beta 2

Opera Terus Maju Dengan Opera 10.50 Beta 2

Diterbitkan pada Feb 26, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, Opera sedang membangunkan sebuah pelayar web yang menarik sekali untuk para pengguna, iaitu Opera 10.5. Selepas versi beta pertama tempoh hari, kini Opera 10.50 Beta 2 sudah pun sedia untuk dimuat-turun dan diuji oleh para pengguna.

Opera 10.50
Antaramuka Pelayar Web Opera 10.50 Beta

Opera 10.50 Beta 2 ini menyelesaikan pelbagai masalah yang telah pun dikenal pasti pada versi terdahulu, selain membawakan beberapa kemaskini pada antaramuka dan rekabentuk pelayar web tersebut. Kestabilan pelayar web tersebut juga dipertingkatkan dan amat jarang sekali ianya memperlihatkan sebarang masalah jikalau dibandingkan dengan versi sebelumnya.

Opera 10.50 Beta 2 buat masa ini hanya sedia untuk dimuat-turun oleh para pengguna Windows sahaja, dimana pengguna Linux dan Mac OS X terpaksa tunggu dahulu, dimana ianya dikatakan, pengguna Linux dan Mac OS X hanya boleh menikmati enjin Carakan selepas versi Windows mencapai tahap stabil.


TIPS & ULASAN