Kemanakah Hilangnya Office 13?

Kemanakah Hilangnya Office 13?

Diterbitkan pada Feb 26, 2010 oleh .

Mungkin ramai yang sudah sedia maklum yang mana Office 2007 dipanggil sebagai Office 12, tetapi aplikasi pejabat tersebut yang terkini, iaitu Office 2010 dipanggil sebagai Office 14, sekaligus menimbulkan tanda tanya berkenaan kemanakah hilangnya Office 13.

Kini, melalui suatu rakaman pendek, ianya dikatakan yang mana, Microsoft, sebuah organisasi professional, turut mempercayai yang mana angka 13 akan membawakan sesuatu yang malang bagi mereka. Sebelum ini, ianya sedia diketahui yang mana angka 13 adalah suatu angka yang dianggap malang oleh warga barat, dimana mereka jarang menggunakan angka 13, malah ada beberapa bangunan yang tidak menyertakan tingkat 13 pada bangunan mereka, sebaliknya terus ke tingkat 14.

Namun begitu, ianya merupakan suatu yang amat mendukacitakan apabila sebuah syarikat gergasi turut sama mempercayai perkara ini dengan tidak menyertakannya pada pembangunan aplikasi mereka. Adakah, aplikasi seperti Yahoo! Messenger 13, Opera 13, Ubuntu 13 akan wujud atau pun tidak? Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN