Pelayaran Lebih Pantas Pada Mac Dengan Opera 10.50

Pelayaran Lebih Pantas Pada Mac Dengan Opera 10.50

Diterbitkan pada Feb 26, 2010 oleh .

Selepas pembangunan Opera 10.50 mencapai versi beta kedua untuk sistem operasi Windows, versi Mac pula telah mencapai versi beta pertama, dengan masih tiada sebarang berita berkenaan dengan Opera 10.50 untuk pengguna Linux. Opera 10.50 Beta untuk Mac turut membawakan kepantasan yang amat mengejutkan sama seperti pada versi Windows.

Seperti sedia maklum, Opera 10.50 menggunakan enjin Carakan, yang mana merupakan enjin JavaScript yang membawakan kepantasan pelayaran yang lebih laju berbanding sebelumnya. Untuk versi Mac ini, menariknya, ianya membawakan beberapa perkara tambahan, termasuk sokongan untuk Growl, dan juga menggunakan Cocoa.

Walaubagaimanapun, ianya masih terdapat beberapa perkara dan masalah yang telah dikenal pasti, dan masih sedang diuji lagi sebelum ianya dibawakan ke peringkat pembangunan yang lebih tinggi. Buat masa ini, Opera 10.50 Beta dikatakan sebagai pelayar web yang paling terpantas sekali didunia, meninggalkan pelayar-pelayar web yang lain.


TIPS & ULASAN