WordPress 3.0 Membawakan Tema Blog Baru

WordPress 3.0 Membawakan Tema Blog Baru

Diterbitkan pada Feb 27, 2010 oleh .

Ianya sudah sekian lama tema Kubrick menjadi tema asas pada WordPress, dan menariknya, mulai WordPress 3.0 kelak, platform blog yang diminati ramai ini akan membawakan rekabentuk dan antaramuka tema yang serba baru dan menarik sekali yang dipanggil TwentyTen.


Antaramuka Tema Blog Untuk WordPress 3.0

Tema yang baru untuk WordPress 3.0 – TwentyTen kelihatan amat menarik dan ringkas sekali. Buat masa ini, ianya masih lagi belum dilepaskan kepada umum, namun begitu, para pengguna boleh mengakses halaman khas dan melihat dengan mata sendiri rekabentuk tema yang baru untuk WordPress 3.0 ini.

Selain daripada itu, pihak pembangun WordPress juga bercadang untuk memperkenalkan tema baru untuk setiap tahun mulai tahun 2010. Dengan WordPress 3.0, tema baru ini bakal menyokong fungsi Header khas, Latar Belakang khas dan Widget.


TIPS & ULASAN