Google Bakal Mengemaskini Halaman Utama Mereka?

Google Bakal Mengemaskini Halaman Utama Mereka?

Diterbitkan pada Feb 27, 2010 oleh .

Google sedia diketahui dengan inovasi daripada hari demi hari. Kini, ianya dilihat dimana Google sedang mencuba antaramuka dan fungsi baru pada hasil carian mereka, dimana hari ini, beberapa pengguna dapat melihat bentuk baru hasil carian diperlihatkan, dan beberapa fungsi tambahan yang baru.


Google Kini Memperlihatkan Lokasi Pengguna [via]

Salah satu fungsi barunya ialah dimana Google kini memperlihatkan lokasi anda pada halaman keputusan carian mereka. Ianya sedia diketahui yang mana tahun 2010 ini geolokasi mendapat perhatian ramai pihak, dan Google merupakan salah satu daripada mereka. Mungkin ianya dikenal pasti mengikut alamat IP, dan berkemungkinan besar, hasil carian yang diperlihatkan telah disesuaikan dengan lokasi kita, memudahkan kita mencari sesuatu maklumat dengan mudah.

Selain daripada itu, yang terbaru adalah pautan Updates pada carian Google, dimana melaluinya ianya memperlihatkan kemaskini masa-nyata daripada beberapa laman sosial, termasuk Twitter, Facebook, dan MySpace.


Carian Masa-Nyata Pada Google [via]

Ianya masih belum pasti lagi bilakah Google akan memperkenalkan antaramuka yang baru ini, dan mungkin ianya akan mengalami perubahan demi perubahan lagi berdasarkan maklumbalas daripada para pengguna.


TIPS & ULASAN