REDtone Kini Memegang Lesen IPTV

REDtone Kini Memegang Lesen IPTV

Diterbitkan pada Mac 1, 2010 oleh .

Penyedia perkhidmatan jalur lebar, REDtone International Bhd. (REDtone) telah diberikan lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan IPTV (TV Protokol Internet) kepada pengguna di Malaysia.

Lesen yang diberikan itu membolehkan Redtone menjadi antara penyiar kandungan multimedia berasaskan teknologi Protokol Internet selain dari Telekom Malaysia. REDtone menganggarkan sebanyak 100,000 pelanggan baru bakal menggunakan teknologi IPTV dari syarikat itu dalam jangkamasa tiga hingga lima tahun.

Antara saluran televisyen yang disiarkan oleh REDtone melalui IPTV adalah Hunan World, Zhejiang International, CCTV Entertainment, Dragon TV, Hakka TV, Health & Lifestyle, Bloomberg , dan sistem rangkaian televisyen percuma di Malaysia seperti RTM dan Media Prima.


TIPS & ULASAN