Syarikat enjin carian termaju dunia, Google hari ini melancarkan aplikasi yang dapat membantu mengenalpasti mangsa-mangsa gempa bumi di Chile melalui aplikasi Google Person Finder.
Google juga membangunkan aplikasi pemetaan yang dipanggil Map Maker tool yang membolehkan setiap orang menghantar maklumat pemetaan mengenai kejadian gempa bumi Chile. Selain itu, Google turut bekerjasama dengan kerajaan Amerika Syarikat bagi membolehkan pengguna mengenalpasti individu yang terlibat dengan gempa bumi Chile dengan hanya memasukkan nama individu tersebut.
Aplikasi Google Person Finder boleh diletakkan pada laman-laman web lain melalui kaedah embed atau secara terus melalui laman web http://chilepersonfinder.appspot.com/