Twitter Bakal Memperkenalkan Fungsi Yang Baru?

Twitter Bakal Memperkenalkan Fungsi Yang Baru?

Diterbitkan pada Mac 2, 2010 oleh .

Seperti sedia maklum, ramai pengguna Twitter menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti TweetDeck dan sebagainya untuk menguruskan tweet mereka, selain memudahkan proses mereka berkomunikasi. Namun begitu, ianya kelihatan yang mana Twitter bakal memperkenalkan sesuatu yang baru untuk pengguna web Twitter, yang mana bakal membuatkan pengguna aplikasi pihak ketiga beralih arah.

Melalui suatu tweet yang dilakukan oleh salah seorang pekerja disebalik Twitter (yang mana kini sudah tiada lagi), ianya memperlihatkan yang mana Twitter bakal memperkenalkan sesuatu perkara baru yang kini sedang diuji secara dalaman oleh Twitter. Ianya dikatakan, yang mana fungsi tersebut bakal membuatkan para pengguna meninggalkan klien desktop mereka.

Ianya masih lagi menjadi tanda tanya berkenaan apakah yang bakal diperkenalkan oleh Twitter. Namun begitu, ramai yang menspekulasikan yang mana Twitter bakal memperkenalkan fungsi geolokasi yang dipertingkatkan. Jadi, apakah pandangan anda, dan apakah yang anda harap Twitter akan perkenalkan?


TIPS & ULASAN