Cari @ Amanz

Google seperti yang diketahui amat berminat dalam pembangunan aplikasi berasaskan web yang menjadi minat para pengguna. Terbaru, hari ini, mereka telah pun membeli editor gambar berasaskan web yang popular, iaitu Picnik. Masih tiada sebarang perubahan lagi yang dilakukan pada laman Picnik, namun begitu, pelbagai fungsi baru dan pengintegrasian yang dilakukan pada Picknik oleh Google.

Dengan pemilikan Picnik ini, Google telah pun mempunyai aplikasi untuk mengedit gambar berasaskan web, sekaligus dijangka memberikan impak yang besar kepada Picasa Web. Selain daripada Picknik, Google juga menyediakan aplikasi untuk mengedit imej pada desktop yang amat mudah dikendalikan, iaitu Picasa.

Buat masa ini, para pengguna masih boleh menggunakan Picnik seperti biasa tanpa perlu log masuk ke akaun Google dan sebagainya. Selain daripada itu, pengguna Flickr juga masih boleh menggunakan Picnik seperti biasa. Ianya masih tiada sebarang berita berkenaan penggunaan Flickr pada Picnik, memandangkan Flickr merupakan milik Yahoo!. Namun begitu, Google masih menggalakkan pengguna untuk mengimport gambar dan imej mereka daripada Flickr, Facebook dan juga Picasa Web Album.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd