Opera 10.50 : Pelayar Web Terpantas Di Dunia

Opera 10.50 : Pelayar Web Terpantas Di Dunia

Diterbitkan pada Mac 2, 2010 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan, dan disajikan dengan versi beta, kini pelayar web Opera 10.50 sedia digunakan oleh para pengguna Windows, manakala pengguna Mac OS X dan juga Linux bakal merasai kelajuan pelayar web Opera 10.50 ini tidak lama lagi.

Opera 10.50
Pelayar Web Opera 10.50

Melalui Opera 10.50, Opera Software meninggalkan semua pelayar web yang lain dari segi kelajuan, hasil penggunaan enjin JavaScript yang baru, iaitu Carakan, sekaligus menjadikannya sebagai pelayar web yang terpantas sekali di dunia buat masa kini. Selain daripada itu, Opera 10.50 turut sama membawakan antaramuka dan rekabentuk yang serba baru, berserta dengan beberapa fungsi yang baru.

Opera 10.50 menjadi pelayar web pertama yang mengintegrasikan sepenuhnya fungsi antaramuka Aero Glass Windows 7, sekaligus meninggalkan Chrome yang masih tidak diintegrasi sepenuhnya dengan antaramuka Windows 7. Selain daripada itu, beberapa fungsi baru yang dibawakan oleh Opera 10.50 adalah termasuk:

  • Pelayaran Peribadi – Jikalau sebelum ini anda perlu membuka tetingkap baru sekiranya ingin membuat pelayaran peribadi, kini melalui Opera 10.50 memperkenalkan pelayaran peribadi dengan semudah membuka tab yang baru, sekaligus menetapkan tahap baru pada pelayar web.
  • Sokongan HTML5 dan CSS3 – Opera 10.50 membawakan sokongan HTML5 dan CSS3 yang dipertingkatkan berbanding dengan versi terdahulu.
  • Aplikasi Opera Yang Di Pertingkatkan – Aplikasi yang dibangunkan oleh Opera Software seperti Opera Turbo, Opera Unite dan sebagainya turut didatangkan bersama Opera 10.50, malah dengan peningkatan prestasi dan kegunaannya, menjadikan pelayar web Opera lebih menarik.

Opera 10.50 boleh dimuat-turun oleh para pengguna Windows dan mengalami perbezaan kelajuan yang agak ketara, selain turut sama menggunakan beberapa fungsi baru pada pelayar web Opera 10.50.


TIPS & ULASAN