Cari @ Amanz

Mungkin dominasi Maxis terhadap iPhone bakal berubah tidak lama lagi apabila kini DiGi turut bakal membawa masuk iPhone 3GS daripada Apple ke Malaysia. Buat masa ini, DiGi telah pun menyediakan halaman khas yang mana masih tiada sebarang info yang kelihatan disediakan buat masa ini.

Ianya masih lagi belum membolehkan para pengguna untuk membuat tempahan dan sebagainya, termasuk harga yang bakal ditawarkan oleh DiGi juga turut belum diketahui lagi. Hanya satu-satunya perkara yang diketahui ialah dimana iPhone 3GS daripada DiGi bakal berada di pasaran menjelang pertengahan tahun ini.

Dengan ini, ianya bakal menguntungkan para pengguna, dan berkemungkinan besar harga Apple iPhone yang ditawarkan akan menjadi lebih murah. Selain daripada iPhone, DiGi turut menawarkan telefon pintar BlackBerry yang mana turut sama ditawarkan oleh Celcom dan juga Maxis.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd