Carian
Facebook Kini Menyokong Imej Lebih Berkualiti
March 3, 2010 Aman

Ramai pengguna yang agak kurang berpuas hati dengan kualiti gambar pada Facebook, dan untuk menanganinya, kini pihak Facebook telah mempertingkatkan saiz gambar lebih kurang 20%, dimana kini Facebook menyokong gambar bersaiz sehingga 720 pixel dengan kualiti lebih tinggi.


Perbezaan Kualiti Gambar Dahulu dan Sekarang [via]

Walaubagaimanapun, gambar-gambar dan imej yang dimuat-naik sebelum ini masih akan kekal pada saiz 604 pixel seperti sebelumnya, dan saiz baru ini hanya akan berfungsi terhadap gambar-gambar baru yang dimuat-naik sahaja. Selain daripada itu, gambar yang dimuat-naik melalui web sahaja yang dapat menggunakan kualiti dan saiz yang baru ini, dimana sekiranya anda memuat-naik melalui aplikasi desktop, maka ianya masih akan menggunakan kualiti seperti sebelumnya.

Komen