Ubuntu 10.04 LTS Membawakan Tema Desktop Baru

Ubuntu 10.04 LTS Membawakan Tema Desktop Baru

Diterbitkan pada Mac 4, 2010 oleh .

Jikalau sebelum ini ramai yang kagum akan rekabentuk Windows 7 yang baru, ianya mungkin akan berubah sama sekali apabila Canonical mengeluarkan Ubuntu 10.04 LTS. Melaluinya, Canonical akan membawakan rekabentuk dan nafas baru kepada sistem operasi sumber terbuka yang diminati ramai ini.


Logo Ubuntu Yang Serba Baru [via]

Rekabentuk dan antaramuka yang baru ini dipanggil sebagai Light oleh Canonical, dan menariknya, ianya tidak lagi mengekalkan warna Coklat dan Jingga yang menjadi sinonim dengan Ubuntu sebelum ini. Bersama-sama dengan antaramuka desktop baru, Canonical juga turut sama akan memperkenalkan rekabentuk laman utama Ubuntu.com yang serba baru, selain logo Ubuntu baru yang turut diperkenalkan hari ini.

Buat masa ini, dua rekabentuk diperlihatkan oleh Canonical, dan masih tidak diketahui rekabentuk desktop yang manakah akan menjadi utama untuk Ubuntu 10.04 kelak. Walaubagaimanapun, kini, ianya kelihatan yang mana Ubuntu tidak lagi akan kelihatan seperti sebelumnya, dan bakal membawakan sebuah revolusi kepada sistem operasi sumber terbuka.


Tema Gelap Yang Baru Untuk Ubuntu 10.04 LTS [via]


Tema Cerah Yang Baru Untuk Ubuntu 10.04 LTS [via]


TIPS & ULASAN