Kuantan Bakal Di Lengkapi Infrastruktur HSBB

Kuantan Bakal Di Lengkapi Infrastruktur HSBB

Diterbitkan pada Mac 5, 2010 oleh .

Selain daripada Telekom Malaysia yang bergiat memperkenalkan HSBB di kawasan Lembah Kelang menjelang hujung bulan ini, syarikat Jalur Lebar Nasional (Jalenas) turut sedang bersiap sedia dalam memperkenalkan Kuantan sebagai bandar pertama di Malaysia yang menggunakan prasarana jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB).

Menariknya, konsep yang dibawakan oleh Jalenas adalah menarik, dimana mereka bakal memperkenalkan HSBB dengan capaian terbuka, dimana ianya akan membolehkan pengguna membuat pilihan mereka sendiri untuk menggunakan pembekal perkhidmatan daripada syarikat mana ketika menggunakan Internet.

Jalneas dijangka akan membolehkan lebih 5000 isi rumah dapat menggunakan perkhidmatan jalur lebar menjelang Julai ini, dimana melaluinya para pengguna boleh menikmati kelajuan antara 30Mbps hingga 100Mbps melaluinya. Walaubagaimanapun, Jalenas hanyalah menjadi penyedia infrastuktur jalur lebar, dan pengguna masih perlu bergantung kepada pembekal perkhidmatan untuk mendapatkan khidmat internet.


TIPS & ULASAN