Tumblr Memperkenalkan Fungsi Halaman Statik

Tumblr Memperkenalkan Fungsi Halaman Statik

Diterbitkan pada Mac 5, 2010 oleh .

Selepas Blogger memperkenalkan fungsi membuat halaman statik tidak lama sebelum ini, kini Tumblr turut menerima fungsi serupa, dimana melaluinya, kini para pengguna boleh membuat halaman statik dengan tiga pilihan berbeza, sekaligus menjadikan Tumblr semakin menarik untuk digunakan.


Pilihan Membuat Halaman Pada Tumblr

Melalui fungsi halaman statik ini, para pengguna boleh membuat tiga jenis halaman, termasuk:

  • Standard – Di mana para pengguna membuat halaman statik menggunakan rekabentuk dan tema Tumblr sedia ada.
  • Custom – Para pengguna diberi pilihan untuk merekabentuk halaman statik mereka secara sendiri, dan menjadikannya berlainan dengan tema Tumblr.
  • Redirect – Anda boleh juga turut membuat pautan terus ke halaman lain di internet dengan mudah.

Sebelum ini, Tumblr mengintegrasikan fungsi komen selain mengatakan yang mana lebih banyak fungsi-fungsi menarik yang akan diintegrasikan pada Tumblr dari masa ke semasa.


TIPS & ULASAN