Windows 7 SP1 Beta Seawal Pertengahan April

Windows 7 SP1 Beta Seawal Pertengahan April

Diterbitkan pada Mac 6, 2010 oleh .

Mungkin semua sudah sedia maklum yang mana Microsoft sedang giat membangunkan kemaskini untuk Windows 7, iaitu Windows 7 SP1 yang mana dijangka akan dilepaskan pada tahun ini. Menariknya, kini ianya dikatakan yang mana beta pertama untuk Service Pack 1 untuk Windows 7 bakal menemui pengguna seawal pertengahan bulan April 2010 ini.

Walaubagaimanapun, Wzor melaporkan yang mana buat masa ini, Windows 7 SP1 masih lagi pada peringkat pra-beta walaupun sudah hampir 35 kemaskini pembangunan dilakukan antara bulan Januari hingga Mac. Versi pembangunan yang paling baru adalah 7601.16518.100302-1530 yang mana memperlihatkan ianya telah dihimpunkan pada 2 Mac 2010 pada pukul 15:30.

Sehingga hari ini, masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Microsoft. Namun begitu, Wzor mengatakan yang mana beta pertama Service Pack 1 akan muncul seawal pertengahan April 2010 ini.


TIPS & ULASAN