Windows 8 Bakal Menyokong Sepenuhnya USB 3.0

Windows 8 Bakal Menyokong Sepenuhnya USB 3.0

Diterbitkan pada Mac 7, 2010 oleh .

Teknologi berkembang setiap hari, dan terbaru adalah penggunaan USB 3.0 yang mana membolehkan data dipindahkan dengan lebih pantas berbanding pada USB 2.0 yang digunakan pada masa kini. Menariknya, Microsoft dikatakan akan memastikan Windows 8 menyokong USB 3.0 sepenuhnya.

Windows 8 dijangka akan dilepaskan pada penghujung tahun 2011, ataupun selewatnya pada tahun 2012, dan masih tiada sebarang info berkenaan apakah yang bakal diperkenalkan oleh mereka melalui Windows 8. Namun begitu, kini kedengaran yang mana Intel sedang bekerjasama bersama-sama dengan Microsoft untuk memastikan Windows 8 bakal menyokong USB 3.0 sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, beberapa spekulasi turut sama mengatakan yang mana Windows 7 SP1 bakal turut sama didatangkan dengan sokongan USB 3.0, namun begitu, masih tiada berita rasmi daripada pihak Microsoft berkaitan dengannya. USB 3.0 dikatakan bakal menyokong pemindahan data sehingga 5Gbps, selain turut sama menyokong sepenuhnya versi 2.0.


TIPS & ULASAN