Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan fungsi Extension pada Google Chrome 4.0, kini, ianya dilihat yang mana koleksi Extension pada Galeri Chrome sudah pun melangkaui angka 3,000, sekaligus memperlihatkan yang mana ianya mengejar rapat Firefox yang mempunyai lebih kurang antara 2 hingga 4 kali ganda add-ons selepas sekian lama.

Buat masa ini, halaman statistik Mozilla mengatakan ianya mempunyai lebih daripada 6,000 add-ons, namun begitu, ianya tidak dapat dipastikan sudah berapa lama yang Mozilla tidak mengemaskini halaman tersebut. Walaubagaimanapun, pencapaian ini oleh pihak Google Chrome adalah sesuatu yang perlu dipuji, dan ianya dikatakan berkait dengan teknologi biasa yang digunakan oleh Chrome seperti JavaScript membolehkan orang biasa dengan pengetahuan minima turut sama membangunkan Extension masing-masing.

Kini, Mozilla juga dikatakan sedang membangunkan sesuatu yang serupa, iaitu JetPack, yang berasaskan JavaScript, sama seperti pada Chrome. JetPack dikatakan berkemungkinan besar akan diintegrasikan bersama apada Firefox 4.0. Persaingan sihat antara pembangun pelayar web kini amat menguntungkan para pengguna dengan pilihan pelayr web yang banyak dan menepati citarasa masing-masing.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd