Cari @ Amanz

Setelah pelbagai tanda tanya, kini dikatakan yang mana pengguna versi perniagaan boleh mendapatkan Office 2010 seawal 12 Mei 2010, manakala para pengguna biasa perlu menunggu sehingga bulan Jun 2010. Walaubagaimanapun, masih tidak lagi diketahui bilakah versi RTM untuk Office 2010 bakal dilepaskan.

Pengumuman berkenaan Office 2010 ini diumumkan oleh Jevon Fark, pegawai pemasaran senior untuk Microsoft Office. Walaubagaimanapun, tarikh pelepasan umum untuk Microsoft Office masih lagi belum diketahui buat masa ini. Bersama-sama dengan Office 2010 kelak, SharePoint 2010, Visio 2010 dan Project 2010 akan dilepaskan bersama-sama.

Buat masa ini, ianya dikatakan yang mana Microsoft sedang menguji versi RC untuk Office 2010 sejak sebulan yang lalu. Berbeza dengan Office 2010 Beta, versi RC hanya diberikan kepada segelintir pengguna terpilih sahaja. Office 2010 yang bakal dilepaskan pada bulan Jun ini juga turut dikenali sebagai Office 14.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd