Alamaya: Garden of Beautiful Creatures Pada 2011

Alamaya: Garden of Beautiful Creatures Pada 2011

Diterbitkan pada Mac 10, 2010 oleh .

Selain daripada animasi Upin dan Ipin : Angkasa yang bakal menemui para penonton pada tahun 2011, terdapat lagi satu animasi tempatan yang bakal dikeluarkan pada tahun yang sama, iaitu Alamaya: Garden of Beautiful Creatures yang dibangunkan oleh Shock3D Sdn Bhd.

Alamaya: Garden of Beautiful Creatures juga turut sama dijangkakan akan siap menjelang tahun 2011, turut menggunakan beberapa khidmat selebriti tempatan seperti Maya Karin, Hannah Tan, Harith Iskandar, dan Patrick Teoh. Animasi selama 90 minit ini dikatakan menelan belanja sebanyak RM5.8 juta, dan sama seperti Upin dan Ipin, Alamaya juga akan mula dipasarkan seawal tahun ini melalui animasi pendek ang akan disiarkan untuk memperkenalkan karakter animasi tersebut.

Alamaya mengisahkan seorang budak lelaki yang terperangkap dalam sebuah dunia maya dan bertemu dengan pelbagai kehidupan flora dan fauna yang pelik dan unik.


TIPS & ULASAN