TM Bakal Melancarkan HSBB Pada 24 Mac

TM Bakal Melancarkan HSBB Pada 24 Mac

Diterbitkan pada Mac 10, 2010 oleh .

Setelah semua berita berkaitan dengan HSBB daripada TM, kini ianya diumumkan yang mana Telekom Malaysia (TM) sudah sedia melancarkan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi secara rasminya pada 24 Mac secara besar-besaran di Dataran Merdeka.

Bersama-sama dengan pelancaran di Dataran Merdeka, TM juga akan melancarkan perkhidmatan HSBB mereka di Menara TM di Bangsar serta di Sarawak. Menerusi pakej HSBB daripada TM ini, ianya bakal membawakan tiga perkhidmatan bersama-sama, iaitu perkhidmatan suara melalui internet, IPTV, dan juga perkhidmatan internet berkelajuan tinggi.

HSBB kelak akan membolehkan para pengguna melayari web pada kelajuan akses rangkaian 10 megabit sesaat. Walaubagaimanapun, masih belum diketahui lagi sebarang perkara berkaitan dengan harga HSBB yang bakal ditawarkan oleh TM untuk para pengguna.

Buat fasa pertama, HSBB bakal diperkenalkan di Taman Tun Dr Ismail, Subang Jaya, Shah Alam dan Bangsar, serta akan diikuti kawasan-kawasan lain secara berperingkat.


TIPS & ULASAN