Cari @ Amanz

Setelah segala teka-teki, kini ianya secara rasminya diumumkan oleh DiGi yang mana mereka akan mula menjual telefon pintar, Apple iPhone mulai suku kedua tahun ini, sekaligus menjadi syarikat telekomunikasi kedua untuk menjual iPhone selain Maxis.

Apple iPhone - DiGi
Halaman iPhone Pada Web DiGi

Perbezaan harga yang bakal ditawarkan dikatakan tidak akan jauh berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh Maxis. Walaubagaimanapun, sebarang perkara berkaitan dengan harga iPhone masih lagi belum diperkatakan oleh DiGi.

Menariknya, selepas pengumuman daripada pihak DiGi ini, Celcom Axiata turut menyuarakan minat unutk membawa masuk iPhone untuk turut dijual di Malaysia.

Antara telefon bimbit pintar yang dijual oleh ketiga-tiga syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia adalah Blackberry, yang mana ditawarkan dengan beberapa pakej menarik yang berbeza oleh mereka. Mungkin perkara sama akan berlaku pada iPhone. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd