Blogger Memperkenalkan Fungsi Template Designer

Blogger Memperkenalkan Fungsi Template Designer

Diterbitkan pada Mac 13, 2010 oleh .

Google sering membawakan pelbagai inovasi dan perkara baru dalam web. Terkini, Google membolehkan para pengguna Blogger mengubah tema rekabentuk blog masing-masing dengan mudah melalui penggunaan editor grafik yang serba mudah, atau yang mana dikenali sebagai Blogger Template Designer.

Melaluinya, para pengguna disajikan dengan lebih 15 tema khas yang mana anda boleh mengubah latar belakang tema tersebut, termasuk tulisan dan menambah widget dengan mudah sekali. Ia juga diintegrasikan bersama iStockPhoto, membolehkan anda mengakses kepada ratusan gambar-gambar professional untuk digunakan sebagai latar belakang. Anda juga turut boleh menetapkan sama sama ada anda ingin menggunakan tema berbentuk satu kolum, dua ataupun tiga mengikut citarasa anda.

Walaupun anda boleh mengubah rekabentuk blog anda melalui penggunaan CSS, dengan pengenalan Blogger Template Designer, ianya membolehkan sesiapa sahaja, walaupun tiada sebarang pengetahuan berkenaan HTML dan CSS mengubah rekabentuk blog mereka dengan mudah dan sekaligus menjadikannya unik.

Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlu akses ke Blogger in Draft dan seterusnya klik pada halaman Layout pada Panel Admin Blogger anda.


TIPS & ULASAN