Cari @ Amanz

Penantian untuk Internet Explorer 9 mungkin berakhir tidak lama lagi, apabila Microsoft bakal memperlihatkan evolusi IE9 sejak demonstrasti pertama mereka pada acara MIX10 yang bakal berlangsung pada minggu hadapan. Pada MIX10, lebih 4 acara disediakan khas untuk IE9.

Pada MIX10 kelak yang bakal berlangsung daripada 15 Mac hingga 17 Mac di Las Vegas, ianya dijangka para hadirin dijangka akan dibolehkan untuk mencuba Internet Explorer 9 yang masih dalam proses pembangunan. Namun, ianya masih tidak diketahui sama ada para pengguna biasa akan diberikan perkara sama ataupun tidak.

Buat masa ini, 4 acara yang berkaitan dengan Internet Explorer 9 sudah dikenal pasti akan di adakan di MIX10, iaitu:

  • In-Depth Look at Internet Explorer 9 – Dimana Microsoft akan memperlihatkan Internet Explorer secara lebih mendalam lagi, dan memperlihatkan kod-kod baru, serta membolehkan para hadirin mencubanya sendiri.
  • High-Performance Best Practices for Web Sites – Memperlihatkan prestasi kelajuan Internet Explorer 9 dengan penggunaan enjin JavaScript dan DirectX mereka yang diintegrasikan, selain mengajar bagaimana untuk menjadikan sesebuah laman itu laju pada Internet Explorer dan pelayar web lain.
  • Internet Explorer Developer Tools – Pelbagai fungsi baru dan lama yang diintegrasikan pada Internet Explorer khas untuk para pembangun dipertontonkan.
  • Cross-Browser Best Practices – Microsoft memperlihatkan bagaimana Internet Explorer 9 menjadikan pembangunan web anda mudah menggunakan HTML, CSS dan juga JavaScript.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd