Cari @ Amanz

Jumlah pengguna aktif Facebook dari Malaysia kini mencecah hampir lima juta, sekaligus menjadikannya laman sosial yang paling banyak dikunjungi rakyat Malaysia, selain kini, Facebook menjadi laman yang paling popular dikunjungi oleh rakyat Malaysia.

Najib semalam mengatakan yang mana kira-kira lima juta warga Malaysia yang sangat aktif dalam laman web sosial Facebook, dimana beliau turut mengadakan pertemuan khas bersama lebih 300 orag daripada rakan internet beliau yang hampir kira-kira 120,000 orang. Pada pertemuan khas bersama rakan internet beliau, beliau turut melahirkan penghargaan serta turut meminta maaf kerana beliau jarang membalas komen kepada setiap rakan beliau.

Walaupun tiada statistik rasmi yang diperlihatkan, kenyataan daripada mulut Perdana Menteri semestinya sesuatu yang berasas, dan angka lima juta memperlihatkan hampir 17% daripada penduduk Malaysia mempunyai akaun mereka di Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd