Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, Facebook dan Google sering bersaing untuk menjadi penyedia identiti internet, dan pada masa yang sama, kini Mozilla turut ingin membuat perkara sama, dimana ianya ingin memudahkan segala urusan dengan menjadikan pelayar web menyimpan data identiti internet anda dengan mudah melalui Pengurus Akaun.


Ikon Hijau Memperlihatkan Identiti Boleh Di Gunakan

Mozilla sering membuat kajian berkenaan dengan perkara-perkara baru yang menarik untuk pelayaran web, dan dengan Pengurus Akaun ini, ianya dijangka akan memudahkan para pengguna untuk menguruskan identiti mereka dengan mudah secara terus daripada pelayar web mereka.

Buat masa ini, ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan. Namun begitu, para pengguna yang berminat, boleh mencubanya melalui sebuah add-on khas untuk Firefox, yang mana ianya masih membawakan fungsi yang agak minimal. Melaluinya, anda boleh menguruskan akaun dalam talian anda dengan mudah, dan sebuah ikon khas akan diperlihatan pada toolbar, dan ianya akan menyala sekiranya laman yang anda lawati itu menyokong penggunaan identiti anda. Seterusnya, anda boleh secara terus klik pada ikon tersebut, dan log masuk laman tersebut dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd