Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang sudah mendengari akan berkenaan dengan WordCamp. Menariknya, WordCamp turut akan diadakan di Malaysia tidak lama lagi, iaitu berkemungkinan besar pada tahun ini, atau lebih tepat lagi pada pertengahan tahun kedua tahun ini.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada perancangan peringkat awal, dan sekiranya tiada sebarang perkara yang menganggu, WordCamp Malaysia bakal diadakan seawal bulan Jun. Idea asal untuk mengadakan WordCamp di Malaysia telah diutarakan oleh saudara Izzudin Helmi sebelum ini, malah domain WordCamp Malaysia juga telah didaftarkan.

Kini, dengan penubuhan bersama Kreative Themes, ianya makin menjadi kenyataan untuk WordCamp Malaysia menjadi kenyataan, sekaligus bakal menemukan para pengguna WordPress Malaysia pada sebuah acara yang amat menarik sekali.

Menariknya, pada masa yang sama, domain WordCamp.MY juga turut telah didaftarkan, dimana laman tersebut menyediakan sebuah borang langganan membolehkan para pengguna mengetahui perkembangan semasa WordCamp.MY. Walaubagaimanapun, ianya kelihatan seperti pihak berbeza yang membangunkan WordCamp.MY dengan WordCampMalaysia.com.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd