Pra-Tempah iPhone DiGi Sebelum 18 Mac

Pra-Tempah iPhone DiGi Sebelum 18 Mac

Diterbitkan pada Mac 15, 2010 oleh .

Bagi para pengguna DiGi yang ternanti-nanti pra-daftar untuk iPhone 3G daripada DiGi, kini anda sudah boleh mendaftarkan diri, dimana pendaftaran awalnya akan ditutup dalam tempoh masa 3 hari lagi, iaitu pada 18 Mac 2010. Kebiasaannya, para pengguna yang membuat pendaftaran awal akan mendapat tawaran yang lebih menarik berbanding yang lain.

Melalui halaman pra-pembelian iPhone daripada DiGi ini, ianya memperlihatkan yang mana DiGi bakal menawarkan iPhone dalam 5 variasi yang berbeza, iaitu:

  • 32GB iPhone 3GS Putih
  • 32GB iPhone 3GS Hitam
  • 16GB iPhone 3GS Putih
  • 16GB iPhone 3GS Hitam
  • 8GB iPhone 3G

Harga bagi iPhone masih lagi belum diumumkan oleh DiGi. Namun begitu, ianya diketahui yang mana DiGi bakal melancarkan iPhone mereka serentak di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Kota Kinabalu, yang mana menjadi lokasi untuk para pengguna yang membuat pra-pendaftaran untuk mengambil iPhone mereka.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh membuat pra-pendaftaran untuk iPhone daripada DiGi, serta pastikan anda membaca T&C mereka terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN