Selepas pengenalan Opera 10.50 tempoh hari, pembangunan pelayar web Opera diteruskan, dimana Opera 10.51 RC sudah pun sedia dicuba oleh para pengguna buat masa ini, dan berkemngkinan besar akan dilepaskan kepada umum dalam masa terdekat ini. Walaubagaimanapun, Opera 10.51 RC hanya ditawarkan kepada pengguna Windows sahaja buat masa ini.
Melalui Opera 10.51 RC ini, pihak Opera telah menyelesaikan beberapa perkara berkaitan dengan prestasi, selain menambah-baik lagi penggunaan memori pada enjin Carakan berbanding pada enjin Futhark yang digunakan sebelum ini. Ianya dikatakan, Opera 10.51 berkemungkinan besar akan menemui para pengguna secepat mungkin, seawalnya pada hujung minggu ini.
Walaubagaimanapun, para pengguna Linux dan Mac OS X masih lagi perlu menunggu sementara waktu untuk mereka dapat mencubanya. Ini adalah kerana Opera Software tidak lagi menyatukan pembangunan dan sokongan pelayar web untuk tiga platform berbeza ini.