Rangkaian HSBB Daripada TM Pada Bulan Ini

Rangkaian HSBB Daripada TM Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada Mac 15, 2010 oleh .

Berita baik kepada semua penduduk di sekitar Lembah Klang. Sebanyak 27 kawasan di Lembah Klang akan dilengkapkan dengan HSBB untuk tempoh dua tahun, dengan pelancaran awal di Bangsar, Taman Tun Dr. Ismail, Shah Alam dan Subang Jaya yang dianggap sebagai kawasan padat dengan pengguna Internet ketika ini. Projek jalur lebar berkelajuan tinggi HSBB, yang akan dilancarkan oleh Telekom Malaysia itu, dijangka mempunyai kelajuan sekitar 10 megabit sesaat (10Mbps).

Meskipun kelajuan Internet berkualiti tinggi sedia ada seperti Streamyx membolehkan pengguna melayari Internet dan menggunakan kemudahan seperti emel, lebar jalur yang lebih besar akan membolehkan mereka dapat melihat IPTV dan HDTV, dan mendapat akses bagi pendidikan lanjut secara dalam talian.

Menjelang 2011, seluruh Lembah Klang akan mendapat liputan HSBB, termasuk Bandar Tun Razak, Sungai Besi, Gombak dan Kajang, Selangor. Majlis pelancaran HSBB akan berlangsung pada 24 Mac ini di Dataran Merdeka secara besar-besaran oleh TM.


TIPS & ULASAN