Carian
Twitter Di Mana Sahaja Melalui @anywhere
March 16, 2010 Aman

Twitter hari ini memperkenalkan @AnyWhere, iaitu salah satu aplikasi baru untuk para pembangun web, dimana daripada menggunakan API Twitter yang agak sukar, @AnyWhere memudahkannya dengan penggunaan JavaScript yang hanya beberapa baris, sekaligus membolehkan para pengguna menghantar tweet tanpa meninggalkan sesuatu web.

Sebagai langkah permulaan, Twitter telah pun mengumumkan kerjasama bersama beberapa nama gergasi internet, termasuk Amazon, YouTube, Yahoo!, Bing, Meebo, Digg, eBay, dan banyak lagi. Sebagai contohnya, anda kini boleh menghantarkan tweet berkaitan sesuatu video itu tanpa perlu meninggalkan YouTube seperti sebelumnya.

Ini sekaligus menguntungkan bagi para pembangun web, dimana mereka boleh mengekalkan pembaca dan pengguna mereka tanpa perlu kehilangan mereka, selain memudahkan pengguna mereka menggunakan aplikasi Twitter. Twitter juga mendapat keuntungan dengan menambahkan lagi penggunaan laman mereka di serata web.

Komen