Seperti sedia maklum, Silverlight merupakan salah satu pesaing terdekat bagi Adobe Flash, yang mana turut digunakan oleh kebanyakkan organisasi dan web dalam memperlihatkan kualiti video yang tinggi. Menariknya, hari ini, Microsoft mengumumkan yang mana Silverlight kini terdapat pada lebih 60% komputer dengan sambungan internet.
Menariknya, Silverlight boleh memperlihatkan kualiti video dan audio yang tinggi sehingga 720p, dan sering digunakan untuk siaran langsung dan juga siaran tertunda. Dengan pengintegrasian Silverlight dan juga teknologi ISS daripada Microsoft, ianya sememangnya suatu platform yang amat bagus.
Hari ini, pada MIX10, Microsoft seperti biasa, memperkenalkan Silverlight, dimana versi terbarunya, Silverlight 4.0 RC sedia dimuat-turun oleh para pengguna. Antara perkara menarik pada Silverlight 4.0 adalah:
- Sokongan webcam dan juga mikrofon.
- Fungsi drag dan drop yang mana berguna sekiranya anda ingin memperlihatkan widget dan sebagainya.
- Sokongan DRM Luar Talian dan juga aplikasi Luar Talian.
- Pengintegrasian penuh Visual Studio.
Silverlight semakin berkembang dari masa ke semasa, sekaligus memberikan pilihan kepada pengguna. Pada masa yang sama, HTML5 juga turut mendapat perhatian para pembangun web. Walaubagaimanapun, para pengguna yang berminat, boleh mencuba Silverlight 4 Beta RC yang mana kini boleh dimuat-turun secara percuma.