Facebook Mengintegrasikan Fungsi Kod QR

Facebook Mengintegrasikan Fungsi Kod QR

Diterbitkan pada Mac 16, 2010 oleh .

Sekiranya anda pengguna tegar Facebook, sudah semestinya anda perasan akan kemunculan penggunaan QR Code pada Facebook. Secara asasnya, QR bermaksud Quick Response, dan sudah menjadi kebiasaan di Jepun, malah kebanyakkan telefon bimbit di Jepun sudah boleh membaca kod sebegini. Namun begitu, apakah kegunaannya pada Facebook?

Walaupun pada permulaannya, kod QR ini banyak digunakan pada pembangunan kenderaan, kini ianya digunakan pada pelbagai perkara, termasuk dalam telefon bimbit, sekaligus memudahkan mobile tagging. Buat masa ini, Google Android dan juga Symbian turut sama menyokong kebolehan untuk mengimbas kod tersebut, sekaligus membaca kod tersebut dengan mudah. Apabila ianya dibaca, kod QR juga akan memautkan anda secara terus dengan laman web yang berkaitan.

Mungkin dengan pengenalannya pada Facebook, kita boleh menantikan sesuatu yang berkaitan dengan mobile tagging yang diintegrasikan pada Facebook, sekaligus meramaikan lagi pengguna yang menggunaan telefon pintar mengunjungi laman mereka. Buat masa kini, setiap kali anda log keluar daripada Facebook, anda akan diberikan pilihan untuk log masuk ke telefon bimbit anda pada halaman log keluar.

Ianya kini kelihatan yang mana Facebook sudah mula memberikan perhatian serius kepada pengguna telefon bimbit memandangkan bilangan pengguna telefon pintar makin meningkat dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN