IE9 Preview Sedia Di Muat-Turun Oleh Pembangun

IE9 Preview Sedia Di Muat-Turun Oleh Pembangun

Diterbitkan pada Mac 17, 2010 oleh .

Bagi yang ternanti-nanti akan Internet Explorer 9, hari ini Microsoft melepaskan versi pembangunan awal Internet Explorer 9 atau mana dikenali sebagai IE9 Platform Preview untuk dimuat-turun dan dicuba oleh para pengguna dan pembangun.

Apa yang para pengguna perlu ketahui berkenaan dengan IE9 Platform Preview yang dilepaskan oleh Microsoft adalah dimana ianya bukanlah sebuah pelayar web penuh Internet Explorer, tetapi ianya hanyalah sebuah frame ringkas yang membawakan platform IE. Namun begitu, ianya boleh digunakan, dan dibangunkan untuk diuji oleh para pembangun web dan sebagainya.

Para pembangun yang berminat boleh mendapatkannya secara terus daripada laman IETestDrive.com. Walaupun ianya masih lagi pada peringkat pembangunan awal, Microsoft sudah pun mula memperkatakan kehebatannya. Internet Explorer 9 dikatakan merupakan pelayar web pertama yang menyokong web patterns yang sering digunakan para pembangun, termasuk sokongan HTML5, serta membawakan enjin JavaScript yang serba baru dan dipertingkatkan.


TIPS & ULASAN