Cari @ Amanz

Ianya sedia diketahui yang mana rekabentuk baru Facebook kini lebih mengutamakan kepada kotak carian mereka, yang mana diperlihatkan dibahagian atas-tengah pada laman mereka. Menariknya, kini mereka mula mengintegrasikan beberapa fungsi baru, sekaligus menjadikan pencarian pada Facebook lebih interaktif.

Kini, ketika anda menaip pada kotak carian di Facebook, anda dengan serta merta akan diperlihatkan dengan beberapa hasil daripada pengguna Facebook, acara, Group dan juga Pages yang terdapat pada Facebook yang disertai anda ataupun oleh rakan anda. Anda juga akan diketengahkan dengan hasil carian yang lebih relevan berbanding sebelum ini.

Mungkin masih belum semua yang dapat melihat fungsi ini kerana Facebook sedang memperkenalkannya secara berperingkat kepada para pengguna. Nampaknya, tidak lama lagi, lebih banyak pengintegrasian carian yang akan dilakukan pada Facebook, sekaligus menjadikan para pengguna menghabiskan pada laman mereka lebih lama berbanding laman carian lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd