Cari @ Amanz

Intel telah melancarkan pemprosesan Xeon 6 teras untuk server dan workstation pada hari Selasa, 16 Mac 2010. Pemprosesan tersebut dikenali sebagai XEON 5600 32nm (32 Nanometer) yang dibina sama seperti Intel Core i7-980X yang memberikan lebih pecutan kelajuaan operasi dan didakwa tidak menggunakan terlampau banyak tenaga.

Intel Xeom 5600 dan Xeon 32mn yang lain yang dilancarkan pada oleh Intel Corp dianggap lebih selama kerana menyokong kedua-dua enkripsi iaitu AES Encryption (American Encryption Standard) serta Trusted Execution untuk mencegah sebarang kod jahat (Malicious Code) atau sebarang pelanggaran privasi. Seperti mana cip Intel 32nm yang lain, Xeon 5600 ini menyokong Turbo Boost untuk proses OverClock dan HyperThreading  untuk menjadikan Xeon 6 teras itu beroperasi seperti 12 teras di bawah keadaan yang optimum.

Sebarang sistem yang terbaru yang berdasarkan Xeon akan siap dalam masa 45 dan bergantung kepada pembangun komputer itu sendiri seperti Dell, HP dan lain-lain.

Ditulis oleh Frantz

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd