Twitter Mempekenalkan Pemendek URL – twt.tl

Twitter Mempekenalkan Pemendek URL – twt.tl

Diterbitkan pada Mac 18, 2010 oleh .

Sekiranya anda mengikuti perkembangan Twitter, mungkin anda perasan yang terdapatnya beberapa scam yang mengambil kesempatan di Twitter dengan menyebarkan URL-URL yang berbahaya dalam bentuk URL pendek. Untuk mengatasinya, kini, Twitter sendiri memperkenalkan pemendek URL mereka, twt.tl.

twt.tl atau yang mungkin dipanggil sebagai Twittle merupakan salah satu projek daripada Twitter, yang akan membolehkan Twitter mengenal-pasti URL yang berbahaya ketika URL tersebut dipendekkan, sekaligus mengelakkan ianya dihantar sebagai DM kepada pengguna-pengguna Twitter.

Buat masa ini, twt.tl hanya akan digunakan oleh Twitter untuk URL pada DM dan juga notifikasi emel sahaja, sekaligus masih mengekalkan Bit.ly sebagai pemendek URL utama untuk status di Twitter. Namun begitu, ianya berkemungkinan besar akan digunakan pada kemaskini status tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN