OVA Melancarkan Kempen Video Pada WikiPedia

OVA Melancarkan Kempen Video Pada WikiPedia

Diterbitkan pada Mac 18, 2010 oleh .

Tidak lama lagi, ensiklopedia kegemaran ramai, WikiPedia bakal turut diisi dengan pelbagai video-video bercirikan ilmiah, apabila hari ini, pihak Open Video Alliance melancarkan projek yang dipanggil “Lets Get Video on WikiPedia” yang mana mensasarkan para pengguna untuk memuat-naik dan merakamkan video bercirikan pengetahuan dan kongsikannya di WikiPedia.

Seperti sedia maklum, video memainkan antara peranan penting dalam pembelajaran, dimana sesuatu perkara dapat diketahui dan dipelajari dengan lebih pantas dan mudah melaluinya. Buat masa ini, ianya dikatakan sudah terdapat lebih kurang 4,500 fail video pada simpanan media WikiMedia, walaubagaimanapun, angka tersebut masih merupakan angka yang amat kecil.

Menarik dan berbezanya kempen ini adalah dimana ianya tidak akan menggunakan video bercirikan Flash ataupun Silverlight, sebaliknya akan menggunakan fail video sumber terbuka, dimana Open Video Alliance turut menyediakan sebuah tutorial khas untuk memudahkan anda menukarkan fail video kepada format sumber terbuka dan memuat-naiknya dengan mudah. Dan seperti biasa, semua kandungan video pada Wikimedia Commons kelak boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

Kempen khas ini disokong oleh Mozilla Drumbeat, dan juga Miro. Mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat melihat WikiTube daripada pembuat WikiPedia ini, sekaligus memudahkan kita merujuk kepada sesuatu untuk memahaminya secara lebih mendalam lagi.


TIPS & ULASAN