Baru-baru ini, Facebook telah membeli salah satu syarikat tempatan, iaitu Octazen Solutions. Menariknya, Octazen Solutions kini telah dijenamakan semula menjadi Bonus Energy Sdn Bhd, sekaligus menjadi salah satu anak syarikat Facebook yang berpangkalan di Malaysia.
Menariknya, kini Facebook Malaysia sedang mencari beberapa orang pekeja untuk menolong Facebook dalam mencapai lebih ramai pengguna di rantau ini. Buat masa ini, ianya dikatakan sudah lebih 400 juta pengguna Facebook, dan di Malaysia sahaja dikatakan sudah terdapat lebih kurang 5 juta pengguna Facebook.
Facebook Malaysia buat masa ini sedang mencari Jurutera Perisian yang mana berpangkalan di Petaling Jaya, Selangor. Walaubagaimanapun, buat masa ini, hanya satu posisi sahaja yang ditawarkan oleh mereka untuk sepenuh masa.