Intel, Sony dan Logitech Membangunkan Google TV

Intel, Sony dan Logitech Membangunkan Google TV

Diterbitkan pada Mac 18, 2010 oleh .

Google sering membawakan pelbagai inovasi, dan terkini mereka mengumumkan kerjasama bersama beberapa nama besar seperti Sony, Intel dan Logitech dalam membawakan sesuatu yang baru yang dikenali sebagai platform Google TV. Ianya dikatakan yang mana Google TV kelak akan membolehkan para pengguna mengakses kandungan internet dan servis secara terus melalui TV.

Buat masa ini, ianya dikatakan yang mana Google TV kelak akan menggunakan sistem operasi Android yang disesuaikan untuk TV, dan Google bekerjasama bersama beberapa nama besar dalam menjadikannya suatu kenyataan. Intel dan Sony dikatakan akan membangunkan sebuah platform khas untuk Google yang mana diharap akan dapat digunakan pada pelbagai gajet kelak, manakala Logitech ditanggungjawabkan dalam membangunkan alat kawalan jauh yang boleh berfungsi sebagai papan kekunci untuk Google TV.

Ianya masih tiada sebarang tarikh muktamad bilakah Google TV pertama akan dilepaskan, namun ianya dijangka sebelum tahun 2011. Platform Google TV itu juga kelak akan dilepaskan kepada umum sama seperti platform Android. Google TV dibangunkan dengan harapan untuk membawa kandungan internet seperti Twitter, Google Picasa dan sebagainya secara terus ke kaca televisyen. Seperti sedia maklum, kini ramai pengeluar mula mengeluarkan TV dengan keupayaan internet, dan, dengan platform Google TV ini, ianya dikatakan bakal memudahkan segala perkara.


TIPS & ULASAN