TM Membelanjakan RM1.9 Billion Untuk HSBB Setakat Ini

TM Membelanjakan RM1.9 Billion Untuk HSBB Setakat Ini

Diterbitkan pada Mac 18, 2010 oleh .

Sehingga kini, Telekom Malaysia (TM) telah membelanjakan sebanyak RM1.9 billion dalam menyediakan prasarana dan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), yang mana bakal diperkenalkan kepada umum pada 24 Mac ini. Pada masa yang sama, kerajaan turut serta telah melabur lebih kurang RM990 juta setakat ini.

Untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan HSBB, kerajaan dan TM telah menandatangani perjanjian bernilai RM11.3 billion pada bulan September 2008, dimana TM akan memperuntukkan sebanyak RM8.9 billion, manakala kerajaan akan menyumbangkan sebanyak RM2.4 billion berdasarkan tahap pencapaian projek berkeaan.

Melalui HSBB, TM akan menawarkan tiga perkhidmatan melaluinya, iaitu perkhidmatan suara (VOiP), perkhidmatan video (IPTV) dan juga internet berkelajuan tinggi dengan kelajuan minima 10Mbps. Ianya akan mula diperkenalkan di empat kawasan utama iaitu Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail, dan Bangsar. Manakala kawasan-kawasan lain akan diperkenalkan secara berperingkat, dan ianya dijangka, sebanyak 750,000 premis akan menyokong HSBB menjelang akhir tahun ini.


TIPS & ULASAN