Tiada Sebarang Perkara Baru Pada Windows 7 SP1

Tiada Sebarang Perkara Baru Pada Windows 7 SP1

Diterbitkan pada Mac 19, 2010 oleh .

Bagi yang ternanti-nanti akan Windows 7 SP1, Microsoft secara peribadi telah pun mengumumkan beberapa perkara berkaitan dengannya, dimana ianya dikatakan Windows 7 SP1 hanyalah sebuah sistem operasi Windows 7 dengan semua kemaskini yang telah pun dilepaskan sebelum ini kepada umum.

Secara lebih mendalam, ianya tidak membawakan sebarang fungsi baru, melainkan beberapa sokongan untuk pengguna Windows Server, seperti RemoteFX dan juga Dynamic Memory. Namun, untuk pengguna biasa, ianya tiada sebarang perkara baru yang akan dibawakan. Windows 7 SP1 dijangka akan dilepaskan kepada umum pada tahun ini, berkemungkinan besar pada bulan Oktober 2010.


TIPS & ULASAN