OfficeTalk – Jawapan Microsoft Untuk Blog-Mikro?

OfficeTalk – Jawapan Microsoft Untuk Blog-Mikro?

Diterbitkan pada Mac 20, 2010 oleh .

Semestinya pengguna tegar internet ketahui yang mana Twitter telah membawakan sebuah fenomena baru dalam blog-mikro dan juga carian masa nyata. Menariknya, kini Microsoft turut sama ingin melibatkan diri dalam dunia sosial dan blog-mikro melalui produk mereka yang dipanggil OfficeTalk.

OfficeTalk dibangunkan khas untuk pengguna bisnes, membolehkan para pekerja berkongsi pendapat, dan informasi berguna sesama rakan sekerja mereka dengan mudah. Dengan erti kata lain, OfficeTalk ini bakal menggunakan konsep yang lebih kurang serupa dengan Yammer. Buat masa ini, OfficeTalk masih lagi pada peringkat kajian, dan masih belum dipastikan lagi samaada ianya akan dikomersialkan ataupun tidak.

Buat masa ini, Office Labs membolehkan para pengguna yang berminat untuk mencuba servis ini mengisi sebuah bancian ringkas, untuk memastikan samaada mereka layak ataupun tidak untuk menguji OfficeTalk.


TIPS & ULASAN